Bayi tiga bulan dirogol: ‘Itu sudah dikira gila, tak terjangkau dek akal’

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendedahkan wujud kes seorang bayi berusia tiga bulan dirogol yang mana perbuatan terkutuk itu dirakam sebelum dijual.

Saifuddin berkongsi perkara itu ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, pagi tadi.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara itu dan menganggap ia perlakuan yang tidak masuk akal sama sekali.

“Baru-baru ini, saya diberi taklimat pada pukul 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu (tengah malam), maknanya ia (perkara) seriuslah.

“Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau di akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu.

“Itu sudah dikira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya tanpa mendedahkan kes itu berlaku dimana.- KOSMO! ONLINE

More From Author

Imigresen kesan pusat judi dalam talian di pangsapuri, 496 pati ditahan

Amy Search buat ‘covering report’ kes Shila Amzah